salam sejahtera,
1-terima kasih di ucapkan kepada mereka yang telah membuat pembelian ebook saya ini. saya sendiri tidak menyangka akan mendapat sambutan yang hangat seperti ini.
2-beberapa hari sebelum ebook ini diterbitkan,saya sudah war-warkan di forum-forum perbincangan. ketika itu saya sudah melihat sambutan yang diluar jangkaan. banyak tempahan saya terima sebaik pengumuman dibuat. pada hari pertama ia diterbitkan adalah hari yang paling sibuk bagi saya...pembelian datang bertalu-talu...ini satu pengalaman jualan alam maya yang pertama bagi saya!
3-fakta menarik yg saya ingin berkongsi disini ialah mengenai jantina pembeli ebook ini. pembeli lelaki dan wanita adalah sama banyak. pd mulanya saya menjangkakan ,pembelian dari kaum lelaki adalah 3/4 berbanding wanita. tetapi, data menunjukkan sebaliknya.jelasnya, minat untuk mengetahui berkaitan hartanah lelong,lelongan awam dan cara-cara menjadi pembida dan wakil pembida bukan sahaja pada orang lelaki tetapi wanita.
4-ini satu trend yang bagi saya adalah 'silent trend' yang menarik diperhatikan. saya katakan ia adalah 'silent trend' kerana, berdasarkan forum perbincangan dan website berkaitan hartanah lelong kita akan dapati bahawa ianya didominasi oleh kaum lelaki dan rata-rata yang 'participate' di dalam forum hartanah lelong juga adalah lelaki.
5-analisa saya ini berdasarkan 100 pembelian pertama. analisa ini mungkin berubah pada hari-hari seterusnya,tetapi fakta awal ini cukup menarik bagi saya dan mungkin juga bagi anda. satu perkara yang ingin saya berkongsi dengan anda ialah, fakta ini seakan 'tally' dengan apa yang berlaku di alam realiti iaitu pada hari sesi lelongan awam diadakan. jumlah pembida lelaki dan wanita adalah lebih kurang sama sahaja.
6-nampaknya kaum wanita malaysia lebih suka mengorak langkah secara diam-diam, berstrategi dan seterusnya 'take auction'!, inilah pendapat saya. apa kata anda?
terima kasih,jumpa lagi dan take auction !
p.s: harga promosi RM20.00 sahaja , akan diteruskan hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
yang menulis,
Helmy Noer
Saturday, June 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment